Thursday, July 28, 2011
Anugerah Yang Tidak Ternilai...: Rindu Padamu
Anugerah Yang Tidak Ternilai...: Rindu Padamu: "Kenapa tiba-tiba aku terbayang anak2ku.Terutama yang seorangni Hazim.YaAllah kau sembuhlah anakku ini.Permudahkan semua urusanya.aku sedih t..."
Lagi kisah anakku ini..
Bulan ni byk btl temunjanji Hazim dgn doktor....dah jadi rumah kedua rasa ye.Baru- baru ni 13/07/2011 Hazim cucuk botox.Kangkang dia makin sempit susah nak pakaikan pampers kat dia.Sebelum cucuk botox hari yg sama ada temujanji dgn orto nak cek kaki dia dah panjang sebelah.Aku pun tak perasan kenapalah blh jadi macam tu.Tulah aku rasa aku ni cuai ke tak perasan kaki dia blh jadi mcmtu.Bila difikirkan blk tertekan menyalahkan diri sendiri.Tapi aku kena terima anakku tak normal mcm kanak-kanak lain.Untuk tahu macam mana kaki dia doktor suruh x-ray.Lepastu memang nampak terang-terang kaki dia terkeluar dari cawang paha dia.YaAllah menangis aku...patutla dia menangis..mungkin sebab inikah dia menangggung kesakitan.Doktor tranfer pergi HKL.Kata ya perlu lakukan operation untuk kaki dia.Hari ini 27/07/2011 pergilah kami ke HKL yang sesak dengan orang.Sampai dekat HKL terus pergi dekat pead klinik.Tertekan lagi aku harini. Doktor bagi tahu perlu buat operation untuk Hazim.Tapi banyak ya cadangan yang di berikan.aku pula naik serabut.yang mana nak pilih ni.Doktor bagi masa 6 minggu untuk berfikir.YaAllah kau permudahkan lah semua perjalanan anakku ini.YaAllah berikanlah yang terbaik untuk anakku.
Sunday, July 3, 2011
Rindu Padamu
Kenapa tiba-tiba aku terbayang anak2ku.Terutama yang seorangni Hazim.YaAllah kau sembuhlah anakku ini.Permudahkan semua urusanya.aku sedih tgk keadaan ye..tiba-tiba air mata ni menitis.....
Sesekali aku tertekan kenapa semua orang susah nak faham.Anak aku sakit lah.Tegok gambar memang lah nampak macm budak normal je.tp yang nyata dia anak istimewa la.serba kekurangan sebenar ya.haya orang yang ada anak istimewa sahaja yang tahu macam mana nak uruskan ya.Dia tak tahu apa pun yg dia tahu hanya menangis-menangis dan terus menangis.Aku bersyukur jiran2 ku memahami anakku sakit.Ada juga jiran yg memang simpati dengan anakku ini sanggup lakukan solat hajat untuk anakku.Bayangkan di tengah malam yg sunyi sepi...haya kedengaran bunyi cengkerik sahaja.orang lain nyenyak tidor dibuai mimpi yang indah2.Aku dan anakku masih belum tidur. melayan kerenah anakku ini.Ada juga hari yang dia akan menangis tampa sebab...aku bagi dia susu tak mahu,cek perut tkt kembung tak juga,di dodoi dlm buai pun tak nak,di dukung pun tak jadi juga masih menangis.pernah juga kami menangis bersama.aku dah tak tahu nak buat apa.Haya mulut ini tak berhenti berdoa sembuhlah anakku ini Ya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)