Wednesday, March 20, 2013

Hati Berkata - kata

Aku ingin selalu menulis disini....blog ini terhasil kerana angel kesayanganku...
tapi aku tak berkesempatan untuk berada disini.Kenapa aku cemburu tengok anak- anak yang sama dengan anakku.Aku tak dapat nak buat sama macam ibu- ibu mereka.YaAllah berikanlah aku kekuatan utk menjaga anugerah mu ini.....Aku harus kuat semangat walau apapun aku harus berjuang utk anak syurga ini..........
YaAllah aku bermohon padamu berikanlah aku kekuatan utk menempuh segala dugaan mu ini....Kau permudahkanlah semua urusanku.Amin.............

Hazim

Lamaya aku tidak menulis disini.17032013 genap lah puteraku 5 thn.Aku bersyukur kehadrat ilahi memberikan panjaman anak syurga ini...kau panjangkan lah umurya sihatkanlah tubuh badan ya.Amin.....Mama sayang Hazim..............

Monday, May 21, 2012

Hadiah Birthday Hazim.






Ini Hazim comel.Genaplah anakku 4 tahun.Ya Allah aku bersyukur kau berikanlah kesihatan anakku ini.Berikanlah kesihatan kepada anakku ini.Panjangkan lah umurya...murahkanlah rezekiya......Amin.

Sunday, October 2, 2011

Lama....

Lama aku tidak.....coretkan sesuatu disini....entah lah..sibuk kah aku..atau aku tertekan dengan keadaan.....
YaAllah kau permudahkan lah semua urusan ku........berikan lah aku petunjuk jalan yang terbaik utk anak ku...
amin.................

Thursday, July 28, 2011

Anugerah Yang Tidak Ternilai...: Rindu Padamu

Anugerah Yang Tidak Ternilai...: Rindu Padamu: "Kenapa tiba-tiba aku terbayang anak2ku.Terutama yang seorangni Hazim.YaAllah kau sembuhlah anakku ini.Permudahkan semua urusanya.aku sedih t..."

Lagi kisah anakku ini..

Bulan ni byk btl temunjanji Hazim dgn doktor....dah jadi rumah kedua  rasa ye.Baru- baru ni 13/07/2011 Hazim cucuk botox.Kangkang dia makin sempit susah nak pakaikan pampers kat dia.Sebelum cucuk botox hari yg sama ada temujanji dgn orto nak cek kaki dia dah panjang sebelah.Aku pun tak perasan kenapalah blh jadi macam tu.Tulah aku rasa aku ni cuai ke tak perasan kaki dia blh jadi mcmtu.Bila difikirkan blk tertekan menyalahkan diri sendiri.Tapi aku kena terima anakku tak normal mcm kanak-kanak lain.Untuk tahu macam mana kaki dia doktor suruh x-ray.Lepastu memang nampak terang-terang kaki dia terkeluar dari cawang paha dia.YaAllah menangis aku...patutla dia menangis..mungkin sebab inikah dia menangggung kesakitan.Doktor tranfer pergi HKL.Kata ya perlu lakukan operation untuk kaki dia.Hari ini 27/07/2011 pergilah kami ke HKL yang sesak dengan orang.Sampai dekat HKL terus pergi dekat pead klinik.Tertekan lagi aku harini. Doktor bagi tahu perlu buat operation untuk Hazim.Tapi banyak ya cadangan yang di berikan.aku pula naik serabut.yang mana nak pilih ni.Doktor bagi masa 6 minggu untuk berfikir.YaAllah kau permudahkan lah semua perjalanan anakku ini.YaAllah berikanlah yang terbaik untuk anakku.